BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 25, 2009

First Gathering ILI







Alhamdulillah,selamat berjumpa dengan hampir dua puluh orang krews ILI yang baik2 dan comel2. Antaranya, Kak Asniza yang saya memang menunggu untuk berjumpa, Masrurah yang kecik molek(mereka 3 serangkai, Masurah-Surinah-saidah), ketiga2nya sungguh cute, rasa nak peluk-peluk saja diorang ni.hehe. Selain si kecil molek itu, kak Aniqah@ana,Leen, Rosniza, Masyitah, Ain, Fiqa, Amar, Lisam, Anwar, Jalaludin, Aman, Lud, Udon@Mushana, Izat, Mahmud, Syamil,dan Imran sendiri. Alhamdulillah gembira tak terkata. Walaupun sebenarnya saya dah sampai lewat, hampir pukul 12.

Semasa saya sampai, mereka sedang berkumpul di meja panjang depan CIMB Bank. Haa, kali ni saya tak sesat di kota raya sebab saya dah tau, tak perlu tukar2 tren la, star la, macam yang Syawal ajar tuh. Ahaha, sebab ambil komuter terus ke putra saja. Haih, syawal, syawal.Saja nak suruh akak berkenalan dengan kotaraya ya...Berbalik pada cerita tadi, nak jumpa CIMB pun kena tanya kaunter. Ahaha, walaupun Im dah berapa kali bagitau.Nasib baik ada mulut, kalau tak sesat di pwtc lah pulak~ Hmm, didepan CIMB tu saya cari muka-muka yang saya kenal, yang janji nak datang iaitu,Soleh, Suhana, tapi takda. Sedih-sedih~Tapi sebagai gantinya saya jumpa dengan krew yang lain. Semuanya baik-baik, cun2, ramah tamah, comel lote dan kiut miut. Dan bila saya melihat kumpulan krew lelaki, saya jadi teringat adik saya Syawal yang pagi-pagi hantar SMS bagitau tak boleh datang sebab 'ayah hantar pergi program Motivasi Alihan Pelajar' sampai pukul 7, padahal di Krew Team, dia yang paling confident akan pergi.ahaha.sian sian~

Saya bertanya, mana krew yang lain, rupa-rupanya mereka tengah menjalankan tugas 'the apperentice' dan sementara itu saya berbual2 dengan krew yang ada di meja tersebut. Tidak lama kemudian, muncul cik Asniza yang berpakaian Pink berseri bersama kawannya. Walaupun first time nampak muka, tapi saya dah dapat mengagak, inilah dia krew yang awet muda itu. Ehehe.Kami berlpeluk2 sekejap dan bertanya khabar. Tidak lama kemudian Imran pula muncul dengan senyuman manis berseri dan muka ceria, kemudian bergambar dengan krew paling comel(Aldinous) dan krew paling muda(Fiqa). Kami kmudian ramai2 bergerak ke The Mall untuk menjamu selera.Tiba di ruang bawah, kami bergambar beramai-ramai pula(rasa semua orang memandang group kita yang ramai nih, ehehe), kemudian meneruskan perjalanan ke The Mall, makan di Food Court. Hmm, memandangkan perut saya masih betul2 perut org kelantan, begitu juga Kak Asniza, dan kawannya, kami tidak berselera untuk makan makanan ala carte, tetapi bergerak ke tempat nasi campur. Saya tak tahulah makanan kat situ mahal atau murah, tetapi saya makan seekor ikan keli, nasi sepinggan(tapi macam separuh ja) dan sayur salad. Harganya RM8. Tapi makngah yang bayar. Hehe, trimas kak Asniza!!Ikan keli saya memnyebabkan adik masyitah terliur, lalu dia pun beli lah juga seekor ikan keli di kedai yang sama tetapi dengan harga yang lbh mengejutkan iaitu, RM8 juga!

Kemudian kami makan-makan tetapi tidak semuanya berjemaah sebab saya dan kak niza dan kawannya yang makan dulu, sedangkan ala carte diorang belum sampai lagi.Jadi dengan lafaz bismillah, kami pun mula makan. Sementara itu Mr Imran menemuramah dua team the apperentice, diwakili Lisam alMujahid dan Masyitah Azzahra.Kemudian kami bergambar2 lagi sambil makan(haih, saya memang gila kamera semalam, tapi semua kamera orang, ahaha). Lepas makan-makan, Imram minta saya escort krews perempuan ke ruang bawah The Mall untuk acara pembahagian hadiah dan penutup.Tiba di bawah, kami sekali lagi menjadi tumpuan umum sebab mengadakan halaqah di tgh keramaian orang.Selepas membacakan doa pembuka, pemenang diumumkan, dan hadiah mula bertukar tangan. Imran juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir, dan kami juga bersyukur kerana ada kesempatan untuk berjumpa. Selepas majlis ditangguhkan, kami bergerak untuk menunaikan solat dan melakukan aktiviti sendiri2. Dalam perjalanan ke surau,saya bersembang2 dengan Atah, alangkah bagus kalau ILI ada HQ sendiri, jadi kita tak perlu menumpang function orang lain, dan sungguh mengejutkan atah mengoffer rumahnya sebagai tempat gathering(Imran kena tau nih).saya mendoakan semoga ILI terus maju, dan ukhwah kita semakin erat dan kuat, ukhwah fillah, amen~..
(untuk report yang lebih beretika sila berkunjung ke blog PRESIDEN, ada gambar2 lagi, saya hanya mengaharapkan gambar dari rakan2.ehe, juga blog Kak AsNiza

Corat Coret


1. Syawal asyik SMS bertanya-tanya(jiwanya terkurung di MAP, walaupun sudah terbang bebas ke PWTC, ehehe, dan saya berjanji untuk menjeleskan dia
2. Mengharapkan supaya PakPis jeles tgk gambar2 nih.(saya tak upload sebab tak bawak kamera, tunggu orang lain ahaha)
3. Terkilan sungguh sebab tak dapat berkumpul sesama moderator juga, tapi bersyukur ada Makngah, dan lisam.
5. Soleh tak datang sebab terlajak tidur.Ahaha
6. Semalam juga hari bersama Saifuddin sebab dia ada sama(Malu-malu di luar, sengal2 di dalam forum, wahaha, sampai makngah tak tersangka di luar dia sesenyap itu.Haha, asyik tanya di mana ila saja, haih)
7. Makngah mula2 segan nak datang tempat kitorang sebab katanya semua pakai tudung labuh(haish, saya tetap bising kak), katanya berdiri 5 minit dulu sebelum jumpa kitorang.ehe
8. Geng lelaki nampak sopan2 saja, berbanding perempuan yang sengal2(jgn marah)
9. Tunggu Nessa_syahirah, tapi dia tak datang
10. Asyik tersasul membahasakan diri as "kakak" dengan Rosniza dan Mas, sebab rasa diru lbh tua, ahaha.
11. Kagum dengan yang sanggup turun dari Penang semata2 untuk gathering ini, malah lebih awal dari saya lagi. Mabruk alaikunna!

Apa lagi eh, dah takda kot, melainkan menuggu gambar2 untuk di 'culik' dari blog kawan-kawan^_^

"tika bertemu dan berpisah tiada, jemu dan gelisah,
Saujana hanya di pandangan, di hati hanya sejengkal,
Saujana jarak yang memisahkan, dihati tidak berjauhan"

2 comment:

Wal said...

oiit kak!!! ape mention name saya byk kali ni!! nak perli ke??

nway saya sikit pown x frust la~hahaha

siti asmaa ahmad said...

tak mengutuk, mengate ja, heheh, tak pe kan?